Friday 1 June 2012

Ciri-Ciri Tamadun Mesopotamia(Negara Kota)

  • Negara kota terbahagi kepada:
    i)   pusat kota
    ii)  tembok kota
    iii) luar kota
    iv) pelabuhan       
  • Setiap negara kota mempunyaiu kubu pertahanan dan pintu gerbang (lambang kekayaan)
  • Dalam kota terdapat istana, rumah ibadat, rumah kediamanan rumah kedai, pasar dan jalan yang lebar dan lurus
  • Pusat kota - rumah ibadat
  • Setiap kota mempunyai unit politik dan agama yang tersendiri
  • Negara kota akan bersatu jika berlaku ancaman dari musuh 





Ciri-Ciri Tamadun Mesopotamia(Sistem Pemerintahan)

 Sistem Pemerintahan

  • bentuk teokrasi
  • raja dianggap tuhan atau wakil tuhan dan pemilik negara kota
  • rakyat Mesopotamia tidak menyambah raja kecuali semasa pemerintahan Raja Naramsin yang menggelar dirinya "Raja Empat Penjuru Alam"
  • Raja menjadi ketua pentadbir , ketua tentera dan ketua pendeta
  • raja berkuasa dalam soal tanah, cukai, hasil pertanian, dan soal perniagaan
  • raja dibantu olah pegawai yang terdiri daripada bangsawan dan keturunan diraja

Ciri-Ciri Tamadun Mesopotamia(Pengkhusuan Kerja)

  • Pengkhususan kerja bagi masyarakat Mesopotamia:
        i)    petani
        ii)   artisan
        iii)  pengusaha teksil
        iv)  pedagang
        v)   pembuat tembikar
        vi)  tentera
        vii) pembuat alat keperluan harian
  • Perdagangan dengan masyarakat luar membekal bahan mentah yang diperlukan oleh Tamadun Mesopotamia  


Sumbangan Tamadun Mesopotamia (Seni Bina)

Seni Bina

  • Membuat batu bata daripada tanah liat.
  • Membina arca dan tiang batu seperti patung Raja Gudea dan zigurat.
  • Fungsi zigurat ialah sebagai pusat ibadat, pusat perdagangandan pusat penyimpanan khazanah negara.
  • Tamadun Tergantung Babylon:
    i) Satu daripada tujuh ciptaan manusia yang menajubkan
    .
    ii) Dibina pada zaman raja Chaldea, iaitu Raja Nebuchadnezzar.

    iii) Terdapat pelbagai jenis pokok dan ditanam pada binaan bertingkat di atas bukit berteres yang kelihatan seperti tanaman tersebut tergantung.


Ciri-Ciri Tamadun Mesopotamia(Organisasi Sosial)


Organisasi Sosial
  • Terbahagi kepada golongan pemerintah golongan rakyat
  •  Golongan pemerintahan terdiri daripada raja, ketua pendeta, ketua tentera dan bangsawan
  •  Rakyat bebas terdiri daripada petani, artisan dan pedagang

Sumbangan Tamadun Mesopotamia (Ilmu Pengetahuan )

Ilmu Pengetahuan

  • Mengembangkan ilmu matematik hasil daripada pencerapan terhadap pergerakan bintang, bulan, dan matahari.
  • Mewujudkan sistem mengira perpuluhan, menambah, menolak, mendarab, membahagi, dan punca ganda dua.
  • Mengembangkan ilmu geometrimdan membolehkan mereka menggunakan jalan laut dan mencipta kalendar berasaskan sistem solar yang mengandungi 12 bulan dalam setahun.
  • Mengembangkan ilmu perubatan dalam kerajaan Assyria yang mementingkan kesihatan anggota tenteranya. Mengkatalogkan 500 jenis ubat-ubatan, cara penggunaan, dan cara mengubati penyakit.



Sumbangan Tamadun Mesopotamia (Sistem Tulisan)

Sistem Tulisan

  • Fungsi:
    i)   Mewujudkan sistem pendidikan untuk  melahirkan jurutulis.
    ii)  Mncatatkan urusan pentadbiran dan perniagaan seperti resit, nota, dan surat kredit.
    iii) Melahirkan hasil kesusasteraan seperti Epik Gilgamesh yang mengandungi falsafah dan cara hidup.
  • Epik Gilgamesh merupakan kisah kepahlawanan tokoh yang bernama Gilgamesh.
  • Gilgamesh memerintah kota Uruk dan dikatakan memiliki keberanian dan kekuatan luar biasa.

Ciri-Ciri Tamadun Mesopotamia (Sistem Tulisan)



  • Bermula dalam bentuk tulisan bergambat
  • Berkembang kepada tulisan berbentuk symbol yang ditulis pada tanah liat
  • Berbentuk pepaku yang dikenali sebagai cuneriform

Sumbangan Tamadun Mesopotamia (Sains dan Teknologi)

Sains dan Teknologi


Penciptaan roda untuk menghasilkan kereta kuda yang digunakan semasa aman dan peperangan.

Penciptaan kincir air dapat mengawal banjir dan meningkatkan hasil pertanian.

Penggunaan kapal layar dan berjaya menguasai jalan darat dan laut serta berhubung dengan wilayah di India dan Laut Mediterranean.


Sumbangan Tamadun Mesopotamia (Pembentukan Empayar)

Pembentukan Empayar

Raja Sargon berjaya membentuk kerajaan Akkad , iaitu empayar pertama di dunia.

Beliau berjaya menakluk dan menyatukan wilayah-wilayah kerajaan Sumeria di Mesopotamia.

Menjadi ikutan pemerintah seperti Firaun Tutmose III pada zaman Mesir Purba.



Sumbangan Tamadun Mesopotamia (undang-undang)

Undang-undang
  • Kod Undang-undang Hammurabi yang digubal semasa pemerintahan Raja Hammurabi dalam kerajaan Babylon.
  • Berteraskan hak rakyat dan keadilan.
  • Hukuman dan denda mesti setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat.
  • Mengandungi 282 undang-undang yang dipahat di tembok dan tiang besar.
  • Fungsi undang-undang:
  • i)   Mengelakkan wujudnya masalah dalam masyarakat.
    ii)  Mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi masyarakat.
    iii) Membantu peradaban Mesopotamia bertahan untuk jangka masa panjang.