Friday 1 June 2012

Ciri-Ciri Tamadun Mesopotamia(Negara Kota)

  • Negara kota terbahagi kepada:
    i)   pusat kota
    ii)  tembok kota
    iii) luar kota
    iv) pelabuhan       
  • Setiap negara kota mempunyaiu kubu pertahanan dan pintu gerbang (lambang kekayaan)
  • Dalam kota terdapat istana, rumah ibadat, rumah kediamanan rumah kedai, pasar dan jalan yang lebar dan lurus
  • Pusat kota - rumah ibadat
  • Setiap kota mempunyai unit politik dan agama yang tersendiri
  • Negara kota akan bersatu jika berlaku ancaman dari musuh 





Ciri-Ciri Tamadun Mesopotamia(Sistem Pemerintahan)

 Sistem Pemerintahan

  • bentuk teokrasi
  • raja dianggap tuhan atau wakil tuhan dan pemilik negara kota
  • rakyat Mesopotamia tidak menyambah raja kecuali semasa pemerintahan Raja Naramsin yang menggelar dirinya "Raja Empat Penjuru Alam"
  • Raja menjadi ketua pentadbir , ketua tentera dan ketua pendeta
  • raja berkuasa dalam soal tanah, cukai, hasil pertanian, dan soal perniagaan
  • raja dibantu olah pegawai yang terdiri daripada bangsawan dan keturunan diraja

Ciri-Ciri Tamadun Mesopotamia(Pengkhusuan Kerja)

  • Pengkhususan kerja bagi masyarakat Mesopotamia:
        i)    petani
        ii)   artisan
        iii)  pengusaha teksil
        iv)  pedagang
        v)   pembuat tembikar
        vi)  tentera
        vii) pembuat alat keperluan harian
  • Perdagangan dengan masyarakat luar membekal bahan mentah yang diperlukan oleh Tamadun Mesopotamia  


Sumbangan Tamadun Mesopotamia (Seni Bina)

Seni Bina

  • Membuat batu bata daripada tanah liat.
  • Membina arca dan tiang batu seperti patung Raja Gudea dan zigurat.
  • Fungsi zigurat ialah sebagai pusat ibadat, pusat perdagangandan pusat penyimpanan khazanah negara.
  • Tamadun Tergantung Babylon:
    i) Satu daripada tujuh ciptaan manusia yang menajubkan
    .
    ii) Dibina pada zaman raja Chaldea, iaitu Raja Nebuchadnezzar.

    iii) Terdapat pelbagai jenis pokok dan ditanam pada binaan bertingkat di atas bukit berteres yang kelihatan seperti tanaman tersebut tergantung.


Ciri-Ciri Tamadun Mesopotamia(Organisasi Sosial)


Organisasi Sosial
  • Terbahagi kepada golongan pemerintah golongan rakyat
  •  Golongan pemerintahan terdiri daripada raja, ketua pendeta, ketua tentera dan bangsawan
  •  Rakyat bebas terdiri daripada petani, artisan dan pedagang

Sumbangan Tamadun Mesopotamia (Ilmu Pengetahuan )

Ilmu Pengetahuan

  • Mengembangkan ilmu matematik hasil daripada pencerapan terhadap pergerakan bintang, bulan, dan matahari.
  • Mewujudkan sistem mengira perpuluhan, menambah, menolak, mendarab, membahagi, dan punca ganda dua.
  • Mengembangkan ilmu geometrimdan membolehkan mereka menggunakan jalan laut dan mencipta kalendar berasaskan sistem solar yang mengandungi 12 bulan dalam setahun.
  • Mengembangkan ilmu perubatan dalam kerajaan Assyria yang mementingkan kesihatan anggota tenteranya. Mengkatalogkan 500 jenis ubat-ubatan, cara penggunaan, dan cara mengubati penyakit.